Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Perjalanan Seorang Hamba…

August 18, 2011

Tup,tup…dah nak masuk 3rd quarter of Ramadhan!
Wallaweyyy…
Sebagai insan yg terlalu leka dgn duniawi, saya amat terkilan…
Terkilan sebab tak sempat nak mengejar masa…

Erm….

Sebenarnya, setiap benda yg kita buat pasti ada cabarannya yg tersendiri. Disitu Allah nak uji, samaada kita adalah golongan hamba-Nya yg betul2 sabar atau tak. Kenapa saya me-royat begitu?
KAlau kita sedar, sebenarnya urusan duniawi pun adalah satu usaha dakwah kalau kene caranya.
Usaha mengejar dunia, kalau betul caranya, masyallah! Subhanallah…
Ok, no time to talk…H
idup mesti diteruskan…

Advertisements

Serius kah anda…?

May 26, 2011

Sebenarnya saya sedang mengikuti webinar drp seorang yg bg saya sifu dalam online biz. Muda orgnya…
Tunggu post saya seterusnya…saya akan berkongsi dgn semua, insyallah…

Pengusaha batu nisan rugi RM100,000

May 17, 2011

KUANTAN – Seorang pengusaha batu nisan kerugian kira-kira RM100,000 selepas tiga buah van miliknya hangus dipercayai dibakar pagi semalam.

Menurut mangsa, Jalilah Ibrahim, 45, ketika kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ada saksi memberitahu ternampak dua lelaki bermotosikal datang ke bengkel miliknya di Batu 5 di sini.

Menurutnya, mereka kemudian telah membakar ketiga-tiga van yang diletakkan di bengkel tersebut.

“Ketika kejadian saya berada di rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari bengkel. Saya menerima panggilan daripada anak saya yang memberitahu dua van jenis Nissan Vanette dan sebuah Toyota Hiace terbakar.

“Apabila sampai di bengkel, saya lihat bomba sedang memadam kebakaran dan letupan juga berlaku beberapa kali,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

How to Create Custom Page on eBay Store

October 2, 2010

eBay Template Using Photoshop

September 16, 2010

Satu lagi video yg ingin dikongsi bersama. Smg mdpt manfaat kp semua…selamat beramal! [mcm prof izi la plak…]

How to Customize eBay Store?

September 16, 2010

Muslim yg bersistematik

August 31, 2010

Saya amat tertarik bila ada seorg sahabat ebay, yg cukup sistematik org nya. Bila dikaitkan dengan agama (Islam), ianya adalah satu amalan yg amat bagus. Apakah itu sistem yg bagus yg dimaksudkan? Sistem pengurusan kewangan yg teratur dalam ber-ebay!
Islam amat menggalakan umatnya melakukan sesuatu perkara dgn cara yg terbaik. Lebih2 lagi jika ianya akan menyumbang kp dunia islam & umat islam. Jihad Ekonomi!
Jadi, tak kira siapa anda, jika anda lakukan sesuatu, lakukan lah dgn cara yg terbaik.
Selamat berebay…

Selamat Berpuasa

August 21, 2010

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan mulia ramadhan al-mubarak. Hari ni adalah hari ke 11 umat islam berpuasa. Cepat sangat masa berlalu.

Komik Superman AS$1juta

February 24, 2010

NEW YORK 23 Feb. – Senaskhah komik Superman cetakan pertama yang sukar ditemui, berjaya dijual pada harga AS$1 juta (RM3.4 juta) semalam, mengatasi rekod jualan bagi sebuah lagi komik sebelum ini.

Komik edisi 1938, Action Comics No.1 yang dianggap komik yang jadi rebutan ramai, dijual oleh seorang jurujual swasta, yang dirahsiakan namanya.

Komik itu memaparkan aksi Superman sedang mengangkat sebuah kereta dengan harga asalnya dijual hanya 10 sen.

Transaksi itu dikendalikan oleh laman web lelong ComicConnect.com. Stephen Fishler, pemilik bersama laman web itu dan rakan pengedarnya, Metropolis Collectibles, yang mengatur jualannya.

Fishler berkata, buku itu dijual beberapa minit selepas ia dibuka untuk lelongan pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, penjualnya adalah seorang ‘individu yang terkenal’ di New York dan mempunyai banyak koleksi komik dan pembelinya pula adalah seorang pelanggan yang dikenali pernah membeli naskhah Action Comics No. 1 pada gred yang lebih rendah.

“Kebanyakan orang menanggap komik ini sangat penting,” kata John Dolmayan, seorang peminat komik dan pengedar yang turut dikenali sebagai pemain deram untuk kumpulan rock System of a Down.

Harga untuk cetakan yang dijual semalam mencecah harga yang tinggi kerana naskhah itu masih dalam keadaan baik. Ia diletakkan pada gred 8.0 dan bagi naskah yang sangat baik mampu meningkat kepada gred 10. – AP

Menambahkan ‘vignette’ pada gambar anda!

January 16, 2010

Sekali lagi, tiubanda.com telah membantu saya…=)